Rabu, 31 Oktober 2012

PERJAMUAN JIWA BANGUNLAH


Cintaku.
Bangun!
Kerana jiwaku mengalu-
alumu dari dasar laut,
dan menawarkan padamu
sayap-sayap di atas

gelombang yang
mengamuk

Bangunlah,
kerana sunyi telah
menghentikan derap kaki
kuda dan langkah para
pejalan kaki.
Rasa kantuk telah memeluk
roh setiap laki-laki,
sementara aku terbangun
sendiri,
rasa rindu membukakan
kertas surat tidurku.

Cinta membawaku dekat
denganmu, namun
kebimbangan melemparkan
diriku menjauh darimu.
Aku telah membuang
bukuku,
kerana keluhku mengunci
kata-kata dan desah nafasku
meninggalkan tempat
tidurku

Cintaku,
kerana takut pada hantu
lupa yang berada di balik
selimut.
Aku telah membuang
bukuku,
kerana keluhku mengunci
kata-kata dan desah nafasku
meninggalkan halaman buku
yang kosong di depan
mataku!

Bangun,
bangunlah,
Cintaku dan dengar diriku!
Aku mendengarkanmu,
Cintaku!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar